Tuesday, March 24, 2009

Hari Kraf Kebangsaan 2009...

Cara2 b'seronok dgn kawan2? Pavillion, Time Square, KLCC atau MidValley dgn tujuan tgk wayang, shopping atau makanan mahal? Poket kosong dan ekonomi gawat tapi masih nak b'lagak kaya dan matang depan kawan2? Geh..!!! Nak muntah aku di buat nyer...
Kenapa tak cuba benda yg lagi seronok yg boleh buat kenang-kenangan lain dari yg lain?
Kat Malaysia ni ada byk aktiviti seronok cuma kena pandai cari jer...Awal bulan ni sebenar nyer ada pesta belon kat Putrajaya tapi terlepas peluang...seday nyer...(:_;)... Nasib baik tak terlepas Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur b'sebelahan Royale Chulan bermula 19 hingga 30 March dari 10 pagi sampai 8 malam. Bagi sesiapa yg suka akan public transport, jgn risau. Pengangkutan sudah siap disediakan secara terus ke kompleks dari kaunter Kraf Kebangsaan yg boleh di jumpai di depan Suria KLCC atau Ampang Park.Jangan lupa bawak sebotol air mineral dan kipas kalau dtg pd waktu siang dan sampai jer kat sana, jgn lupa cari peta sebab senang sesat...hehehe.
Apa yg ada kat sana?
Barang2 kraf(termasuk batik, ukiran kayu, bakul dan macam2 ada) dari seluruh Malaysia!
Siapa yg gila shopping sila bawa cash yg cukup sebab barang2 kraf kat sini murah giler!!!(takde cash, kredit kad pun boleh dan semua nyer 30 - 70% off \(^_^)/) Lebih menyeronok kan, kita bole tgk proses pembuatan nyer(* 0 *)... dan juga berpeluang merasa nak buat sendiri dan jadi kreatif.
Kalau bertuah, kita b'peluang mewarna batik dan mengayam bakul rotan. Tapi kalau nak rasa lebih trill boleh melawat ke p'kampungan seni di dalam kompleks. Dgn bayaran RM10, kita berpeluang untuk mencanting dan mewarna batik dgn pertolongan artist batik yg pakar.Seronok dapat jumpa macam dan orang2 berpengalaman dlm seni budaya...tgk abang ni, dia ni tgh sibuk betulkan phonestrap aku(^_^)... Abg ni dan ayah nyer pemilik sebuah kedai kraf kat Petaling Street. Phonestrap ni di hasilkan dgn sekeping kertas yg di perbuat dari ubi dan anda bole lukis di atas nyer. Kemudian ia akan dipanaskan di dlm ketuhar sehingga mengecut. Hehehe, comel tak? Aku lukis sendiri...trademark AyuKechik... Abang ni simpan lakaran kasar aku (rasa nyer kena mintak royalty tapi abang tu kata nanti dia bagi dan lagi byk kalau aku menang dlm manga fest., hehehe)
Pakcik ni adalah salah seorang pelukis batik yg pakar kat Malaysia. Masa ni dia tgh tolong aku mencanting. Tgk hasil lukisan batik di sebelah kanan nyer...harga lukisan tu berharga RM300+!!!?Okey tak? Ni aku buat sendiri tapi tak termasuk mencanting...takut panas. Susah jugak nak mewarna batik ni...
Selain demostrasi mencanting dan mengayam... kita bole juga tgk org buat kristal(adik aku sanggup tunggu kaca melebur dlm keadaan panas giler), keris(seronok berborak dgn pakcik2 yg pandai bersilat menggunakan keris dan parang), bertukang dan macam2 lagi. Aku paling seronok berborak dgn pakcik dari Kedah tentang proses mengukir cincin dan rantai perak. Selain itu bersoal jawab dgn seorang kakak dari Sarawak tentang mengayam corak kain(walaupun tak faham loghat nyer). Lepas tu, belajar kenapa air dari labu sayung boleh menjadi sejuk dari pakcik pengukir periuk untuk masak kari dari Selangor dan kakak yg berasal dari Pulau Corey yg kemungkinan bukan sebuah pulau tapi sebahagian dari negeri Selangor. Bertanya harga sebuah ukiran pelik yg besar dan berharga lebih kurang dgn harga sebuah Mercedes dan juga harga ukiran yg sama tapi dgn bentuk yg lebih kecil utk hiasan mejatulis yg berharga RM3000+. Atau berborak tentang kualiti batik yg berharga RM17000+. Menikmati irama kerocong yg dihasilkan secara life dan tgk org Johor jamming dgn gitar gabus dan angklor. Tak terlupa dgn bertapa susah nyer berbual dgn pelancong yg berasal dari German yg sibuk mecari toilet(aku pun tersesat mencari toilet)
Bila dah penat, jgn risau sebab byk gerai makan sempena hari kraf di buka dgn hiburan alatan musik traditional. Sempat juga aku berjual beli dgn penjual yg istimewa...kena belajar hand signal la pulak tapi comel nyer pasal apa pun bole...Ni lukisan batik favorite org ramai tapi rasa nyer dah dibeli oleh orang lain pada ahad lepas...
Ada org pernah nasihat aku... untuk mejadi berpengelaman kita perlu belajar dari orang lain. Lebih ramai orang kita bertemu dan berbual lebih luas pemandangan kita. Dan org yg matang tidak mengaku diri nya matang tapi berusaha utk belajar dari org lain utk menjadi matang...hmm(-_-)...

No comments:

Post a Comment