Thursday, January 15, 2009

CNY...

CNY shortform bagi Chinese New Year. Minggu ni semua shopping complex dah siap berhias tema Tahun Baru Cina...penuh dengan warna merah. Masa ni la aku akan gi shopping...erk window shopping untuk dapatkan fortune cookies secara free. Tengah sibuk-sibuk mencari biskut ni, aku terjumpa satu bunga yang ganjil iaitu Mao Guo Hua. Bunga berbentuk bebola merah yang berbulu-bulu...erk macam buah rambutan tapi comel. Hmm...nampak macam bunga plastik tapi...bunga ni hidup kat mana yerk?
Agak nyer tahun ni aku akan dapat buah limau tak?

Thursday, January 8, 2009

Diari Furi...

Pada 6 Jan 2009, tepat pukul 8 malam. Furi, hamster syrian milik adik aku telah beranak!!!
Tips untuk kenal pasti seekor hamster yang bunting:
  • Badan bertambah berat (biasa nyer tempoh bunting adalah lebih kurang 2 minggu)
  • Mudah rasa gelisah dan asyik mengorek lubang
  • Puting susu dah menonjol
  • Menjadi kurang jinak dan suka menggigit atau sering bergaduh dengan hamster yang lain
Hari pertama: Furi beranak, yay! Dalam gambar ni dia tengah gigit tali pusat. Ada gambar yang lain tapi aku tak nak upload kan. Erk...
Tips untuk menjaga hamster yang telah bunting:
  • Asing kan dari hamster yang lain terutama nyer dari hamster jantan (kalau tak...si jantan akan makan anak nyer)
  • Tempatkan di sangkar yang lebih luas dan lebihkan serbuk kayu
  • Sediakan rumah hamster (ada dijual kan kedai haiwan dan boleh dibuat sendiri. Tapi dalam situasi aku...mug hehe)
  • Air dan makan secukup nyer dan lebih kan makanan yang segar...sayur atau carrots
  • Kekal kan di dalam suhu bilik...tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk
  • Kurangkan gangguan...sebaik-baik nyer jangan kerap ganggu dia dan jangan letak sangkar nyer di tempat yang bising
Hari kedua: Furi tengah sibuk alihkan anak nyer kat tempat baru...dalam mug. Sorry... erk sebab tak sempat nak cari rumah hamster. Baru nampak anak-anak nyer. Ada 7 ekor...(' o ')...

Hari Ketiga: Shuh! Jangan kacau!!!

Wednesday, January 7, 2009

Alat Mainan Minda #2...

Satu lagi alat mainan...(> . <)...

Tuesday, January 6, 2009

Alat Mainan Minda...

Yay! Alat mainan yang menyeronokkan untuk pelbagai peringkat umur. Sesuai untuk meningkat kan kreativiti, kesabaran, ketelitian dan membuang masa...q(^ _ ^)p.

Monday, January 5, 2009

Di Hari Yang Mendung...

Tahun ni berazam nak melukis apa yang ada kat belakang rumah...tapi cuaca tak berapa elok dan hujan tak menentu. So, kalau hujan, aku akan melukis barang-barang yang ada kat dalam rumah jer la...(-_-)...

Sunday, January 4, 2009

Selamat Menyambut Tahun, Journal & Blog Yang Baru!\( ^ o ^ )/

Yay! Buka watercolor journal yang baru q(> . <)p. Untuk kawan-kawan yang sudah lama melayari blog aku, jika masih teringin nak tengok hasil karya yang lama aku, sila layari flickr aku.
Selamat menikmati blog baru aku dan terima kasih kepada sesiapa yang masih setia menikmati hasil kerja aku...(^ _ ^)...
Rajin-rajin la tulis comments untuk aku!