Tuesday, March 24, 2009

Hari Kraf Kebangsaan 2009...

Cara2 b'seronok dgn kawan2? Pavillion, Time Square, KLCC atau MidValley dgn tujuan tgk wayang, shopping atau makanan mahal? Poket kosong dan ekonomi gawat tapi masih nak b'lagak kaya dan matang depan kawan2? Geh..!!! Nak muntah aku di buat nyer...
Kenapa tak cuba benda yg lagi seronok yg boleh buat kenang-kenangan lain dari yg lain?
Kat Malaysia ni ada byk aktiviti seronok cuma kena pandai cari jer...Awal bulan ni sebenar nyer ada pesta belon kat Putrajaya tapi terlepas peluang...seday nyer...(:_;)... Nasib baik tak terlepas Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur b'sebelahan Royale Chulan bermula 19 hingga 30 March dari 10 pagi sampai 8 malam. Bagi sesiapa yg suka akan public transport, jgn risau. Pengangkutan sudah siap disediakan secara terus ke kompleks dari kaunter Kraf Kebangsaan yg boleh di jumpai di depan Suria KLCC atau Ampang Park.Jangan lupa bawak sebotol air mineral dan kipas kalau dtg pd waktu siang dan sampai jer kat sana, jgn lupa cari peta sebab senang sesat...hehehe.
Apa yg ada kat sana?
Barang2 kraf(termasuk batik, ukiran kayu, bakul dan macam2 ada) dari seluruh Malaysia!
Siapa yg gila shopping sila bawa cash yg cukup sebab barang2 kraf kat sini murah giler!!!(takde cash, kredit kad pun boleh dan semua nyer 30 - 70% off \(^_^)/) Lebih menyeronok kan, kita bole tgk proses pembuatan nyer(* 0 *)... dan juga berpeluang merasa nak buat sendiri dan jadi kreatif.
Kalau bertuah, kita b'peluang mewarna batik dan mengayam bakul rotan. Tapi kalau nak rasa lebih trill boleh melawat ke p'kampungan seni di dalam kompleks. Dgn bayaran RM10, kita berpeluang untuk mencanting dan mewarna batik dgn pertolongan artist batik yg pakar.Seronok dapat jumpa macam dan orang2 berpengalaman dlm seni budaya...tgk abang ni, dia ni tgh sibuk betulkan phonestrap aku(^_^)... Abg ni dan ayah nyer pemilik sebuah kedai kraf kat Petaling Street. Phonestrap ni di hasilkan dgn sekeping kertas yg di perbuat dari ubi dan anda bole lukis di atas nyer. Kemudian ia akan dipanaskan di dlm ketuhar sehingga mengecut. Hehehe, comel tak? Aku lukis sendiri...trademark AyuKechik... Abang ni simpan lakaran kasar aku (rasa nyer kena mintak royalty tapi abang tu kata nanti dia bagi dan lagi byk kalau aku menang dlm manga fest., hehehe)
Pakcik ni adalah salah seorang pelukis batik yg pakar kat Malaysia. Masa ni dia tgh tolong aku mencanting. Tgk hasil lukisan batik di sebelah kanan nyer...harga lukisan tu berharga RM300+!!!?Okey tak? Ni aku buat sendiri tapi tak termasuk mencanting...takut panas. Susah jugak nak mewarna batik ni...
Selain demostrasi mencanting dan mengayam... kita bole juga tgk org buat kristal(adik aku sanggup tunggu kaca melebur dlm keadaan panas giler), keris(seronok berborak dgn pakcik2 yg pandai bersilat menggunakan keris dan parang), bertukang dan macam2 lagi. Aku paling seronok berborak dgn pakcik dari Kedah tentang proses mengukir cincin dan rantai perak. Selain itu bersoal jawab dgn seorang kakak dari Sarawak tentang mengayam corak kain(walaupun tak faham loghat nyer). Lepas tu, belajar kenapa air dari labu sayung boleh menjadi sejuk dari pakcik pengukir periuk untuk masak kari dari Selangor dan kakak yg berasal dari Pulau Corey yg kemungkinan bukan sebuah pulau tapi sebahagian dari negeri Selangor. Bertanya harga sebuah ukiran pelik yg besar dan berharga lebih kurang dgn harga sebuah Mercedes dan juga harga ukiran yg sama tapi dgn bentuk yg lebih kecil utk hiasan mejatulis yg berharga RM3000+. Atau berborak tentang kualiti batik yg berharga RM17000+. Menikmati irama kerocong yg dihasilkan secara life dan tgk org Johor jamming dgn gitar gabus dan angklor. Tak terlupa dgn bertapa susah nyer berbual dgn pelancong yg berasal dari German yg sibuk mecari toilet(aku pun tersesat mencari toilet)
Bila dah penat, jgn risau sebab byk gerai makan sempena hari kraf di buka dgn hiburan alatan musik traditional. Sempat juga aku berjual beli dgn penjual yg istimewa...kena belajar hand signal la pulak tapi comel nyer pasal apa pun bole...Ni lukisan batik favorite org ramai tapi rasa nyer dah dibeli oleh orang lain pada ahad lepas...
Ada org pernah nasihat aku... untuk mejadi berpengelaman kita perlu belajar dari orang lain. Lebih ramai orang kita bertemu dan berbual lebih luas pemandangan kita. Dan org yg matang tidak mengaku diri nya matang tapi berusaha utk belajar dari org lain utk menjadi matang...hmm(-_-)...

Sunday, March 8, 2009

Barbecue...

Mula2 plan nak buat steamboat tapi bila dah beli ayam...tiba2 mama suruh marinade...geh. Kat rumah aku ni biasa nyer buat barbecue setahun sekali sampai dah muak (tapi buat jer).
Senang jer buat barbecue ni cuma perlu kan semangat rajin, sabar dan semangat ingin buat. He, he he...(^ _ ^)...
Tips untuk barbecue dirumah...(- _ ^)PMarinade untuk daging ayam, beefsteak dan lambchop:
  • Asas marinade termasuk bawang putih yang banyak, garam, minyak zaitun dan sos lada hitam
  • Untuk isi daging yang lembut dan tidak hanyir, cuba cuci daging2 tu dgn tepung sebelum di marinade kan.
  • Untuk daging yg manis, cuba guna kan madu.
  • Kalau nak bau yg wangi, cuba tambah kan serai atau rosemary yang segar
  • Nak pedas dan cara asia, cuba campur kan dengan serbuk cili atau serbuk perasa tandori.
Kentang bakar:
  • Cuci kentang dan kalau boleh bagi kentang yg import(biasa nyer kulit dia nipis) tak perlu di kupas.
  • Cucuk2 kan kentang dgn garpu supaya cepat masak
  • Gaul kan dgn butter, garam dan rosemary atau campuran herba2.
  • Lepas tu balut kan dgn alluminium foil...ok siap utk di bakar.
  • Cara nak tau kalau ia dah masak cuba cucuk dgn lidi bersih...kalau sudah lembut, makna nyer dah masak.
Marinade untuk seafood babercue (termasuk udang dan sotong):
  • Cuci udang dan sotong dengan lemon dan limau nipis
  • Asas marinade...senang jer, garam, serbuk kunyit dan minyak zaiton
Menyalan kan bara api:
  • Cuma perlu kan fire starter(sejenis cube serbuk kayu yg senang disambar api), mancis dan arang(kalau kaya sangat cuba cari smokeless coal yg kurang asap)
  • Elakkan guna minyak tanah. Sebab ia akan kurang rasa dan bau grill (dan jugak membahayakan kesihatan)
  • Mula kan dengan membakar firestarter dan susun arang keliling api macam unggun api dan biarkan sampai arang menjadi bara. Kalau api terpadam, kipas sehingga api menyala balik.
  • Boleh mula memasak bila arang sudah menjadi bara dan tidak berapi...sgt panas tau!
Tips memasak:
  • Sapu kan minyak zaiton pada grill supaya daging2 tak melakat
  • Bila pangang, pasti kan kita mulakan dengan bahagian tulang di atas bara dan bakar bahagian tulang lebih lama dari bahagian isi atau kulit
  • Elak kan dari bakar di atas api yang mencepat kan proses hangus dan bakal bagi heart attack pada orang yg menjamah nyer.
  • Guna kan lidi yg bersih dan cucuk pada daging yg sedang di panggang kalau nak tau daging tu dah masak atau tak. Kalau lembut dan keluar cecair yg agak merah atau putih, makna nyer medium rare atau setengah masak. Kalau lembut dan ada keras tapi tidak berair dan sudah berbau wangi, makna nyer well done atau sudah masak sepenuh nyer. Tapi ada juga orang yg suka rare atau kurang masak tapi tak digalak kan kerana ia nyer perlu di masak dgn wain utk membuang kuman kalau tak senang kena keracunan makanan di sebab kan kuman.
  • Hidang kan dgn sos lada hitam, sos chili, tartar sauce, sos barbecue, mustard sauce, dan juga smoke sauce.
Yay! Untuk tips lebih lanjut cuba2 la tgk Chris Knigth, License To Grill di AFC, Asian Food Channel\(^ _ ^)/