Senang jer buat barbecue ni cuma perlu kan semangat rajin, sabar dan semangat ingin buat. He, he he...(^ _ ^)...
Tips untuk barbecue dirumah...(- _ ^)P
- Asas marinade termasuk bawang putih yang banyak, garam, minyak zaitun dan sos lada hitam
- Untuk isi daging yang lembut dan tidak hanyir, cuba cuci daging2 tu dgn tepung sebelum di marinade kan.
- Untuk daging yg manis, cuba guna kan madu.
- Kalau nak bau yg wangi, cuba tambah kan serai atau rosemary yang segar
- Nak pedas dan cara asia, cuba campur kan dengan serbuk cili atau serbuk perasa tandori.
- Cuci kentang dan kalau boleh bagi kentang yg import(biasa nyer kulit dia nipis) tak perlu di kupas.
- Cucuk2 kan kentang dgn garpu supaya cepat masak
- Gaul kan dgn butter, garam dan rosemary atau campuran herba2.
- Lepas tu balut kan dgn alluminium foil...ok siap utk di bakar.
- Cara nak tau kalau ia dah masak cuba cucuk dgn lidi bersih...kalau sudah lembut, makna nyer dah masak.
- Cuci udang dan sotong dengan lemon dan limau nipis
- Asas marinade...senang jer, garam, serbuk kunyit dan minyak zaiton
- Cuma perlu kan fire starter(sejenis cube serbuk kayu yg senang disambar api), mancis dan arang(kalau kaya sangat cuba cari smokeless coal yg kurang asap)
- Elakkan guna minyak tanah. Sebab ia akan kurang rasa dan bau grill (dan jugak membahayakan kesihatan)
- Mula kan dengan membakar firestarter dan susun arang keliling api macam unggun api dan biarkan sampai arang menjadi bara. Kalau api terpadam, kipas sehingga api menyala balik.
- Boleh mula memasak bila arang sudah menjadi bara dan tidak berapi...sgt panas tau!
- Sapu kan minyak zaiton pada grill supaya daging2 tak melakat
- Bila pangang, pasti kan kita mulakan dengan bahagian tulang di atas bara dan bakar bahagian tulang lebih lama dari bahagian isi atau kulit
- Elak kan dari bakar di atas api yang mencepat kan proses hangus dan bakal bagi heart attack pada orang yg menjamah nyer.
- Guna kan lidi yg bersih dan cucuk pada daging yg sedang di panggang kalau nak tau daging tu dah masak atau tak. Kalau lembut dan keluar cecair yg agak merah atau putih, makna nyer medium rare atau setengah masak. Kalau lembut dan ada keras tapi tidak berair dan sudah berbau wangi, makna nyer well done atau sudah masak sepenuh nyer. Tapi ada juga orang yg suka rare atau kurang masak tapi tak digalak kan kerana ia nyer perlu di masak dgn wain utk membuang kuman kalau tak senang kena keracunan makanan di sebab kan kuman.
- Hidang kan dgn sos lada hitam, sos chili, tartar sauce, sos barbecue, mustard sauce, dan juga smoke sauce.
No comments:
Post a Comment